Sunday, 23 December 2012

KISAH NABI IDRIS A.S

Al-Quran tidak banyak menyebut tentang Nabi Idris a.s. Hanya terdapat 4 ayat berkisarkan Nabi Idris a.s iaitu di dalam
Surah Maryam: 56-57

A056
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris;
sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya & imannya), serta ia seorang Nabi.


A057
Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.

Surah Anbiyaa': 85-86

A085
Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail & Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari
orang-orang yang sabar.


A086
Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya mereka adalah 
dari orang-orang yang soleh.


Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putera daripada Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.

Nabi Idris wafat dan dihidupkan semula


Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s: "Wahai malaikat Izrail, adakah Engkau datang untuk mencabut nyawa atau untuk menziarahiku?" 
Kata Malaikat Izrail, "Aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. 
Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail, "Wahai Malaikat Izrail, aku mempunyai keperluan dan kepentingan kepadamu"
Tanya Malaikat Izrail, "Kepentingan apakah itu?" 
Jawab Nabi Idris, "Kepentingan denganmu iaitu supaya Engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut." Kata Malaikat Izrail, "Sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah. 
Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah SWT menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. 
Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris a.s, "Wahai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?"
Kata Nabi Idris a.s, "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu aku umpamakan seperti binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit." 
Kata Malaikat Maut, "Padahal kelembutan mencabut nyawa seperti itu tidak pernah aku lakukan sebelum ini."

Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut:  "Wahai Malaikat Maut, kaulkanlah satu lagi permintaanku kepadamu iaitu aku ingin melihat neraka Jahannam supaya aku dapat beribadah kepadaNya dengan bersungguh-sungguh setelah melihat dahsyatnya api neraka, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat manusia yang ada di sana."
Kata Malaikat Maut "Bagaimana aku boleh pergi ke neraka Jahannam tanpa izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke neraka Jahannam bersama-sama Nabi Idris a.s".  Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris. Nabi Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. 

Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut, "Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai keinginan lagi denganmu iaitu aku ingin melihat syurga sehingga aku dapat meningkatkan amal ibadah." Maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh aku bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah."  Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti di pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. 
Nabi Idris berkata, "Wahai saudaraku, aku telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, aku telah melihat neraka Jahannam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab, maka mohonlah Engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan aku untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tengkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan neraka Jahannam.
Setelah diizinNya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar.
Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga.  Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail, "Wahai Malaikat Maut, seliparku tertinggal di dalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah aku kedalam syurga." Setelah itu, Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga.  Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga."Hai Idris, keluarlah Engkau dari syurga." Tetapi Nabi Idris tidak mahu keluar, kerana Allah telah berfirman:


“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.” 
(Ali-Imran: 185)

Sedangkan aku telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tidak ada seorang pun di antara kame melainkan akan datang kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan Tuhanmu.
(Maryam: 71)

Dan aku pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” 
(Al-Hijr: 48)


Lalu Allah SWT menurunkan wahyu kepada Malaikat maut, 
"Tinggalkanlah dia (Nabi Idris), sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."













Thursday, 6 December 2012

Makna bacaan dalam solat


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
















Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.






Monday, 21 May 2012

Perpisahan adat pertemuan

Ukhuwah fillah abadan-abadaa


aku rindu kau sebenarnyaaa



tQ awak! kan menyedari kesilapan tu langkah kepada kesempurnaan :)

Kalimah Toyyibah

 السلام عليكم ورحمة الله وبركته

سبحان الله : Maha Suci Allah --> TASBIH

الحمد لله : Segala puji bagi Allah --> TAHMID

الله أكبر : Allah Maha Besar --> TAKBIR

لا اله أِلا الله : Tidak ada sama sekali Tuhan melainkan Allah --> TAHLIL

بسم الله الرحمن الرحيم : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani --> BASMALAH

مشآء الله : Apa yang Allah kehendaki --> AL-MASYIAH

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم : Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam --> TA`AWWUDZ

لا حول ولا قوة الا بالله : Tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah --> AL-HAUQOLAH

أن شآء الله : Dengan izin Allah SWT --> TAWAKKUL

برك الله فيك : Semoga Allah memberkati kamu --> AT-TABARRUK

جزك الله خيرا : Semoga Allah membalas jasa baikmu dengan kebaikan --> ASY-SYUKR

انا لله وانا اليه رجعون : Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kepadaNya jua kita kembali --> TARJIE`

حسبن الله ونعم الوكيل : Cukuplah bagi kami ini Allah sebaik-baik pelindung --> AL-HASBANA


Sunday, 20 May 2012

Cantiknya berpurdah

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

'Manusia memang tidak boleh lari daripada melakukan dosa'
Allah itu Maha Adil dan Bijaksana.Dia tidak menciptakan manusia itu jahat tetapi mencipta neraka untuk orang-orang yang jahat, Dia tidak menciptakan manusia itu baik tetapi mencipta syurga untuk orang-orang yang baik.


PENGERTIAN PURDAH

Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.
ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?
Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib.
Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.


 'Mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-dua pihak adalah betul. Apa yang terlebih penting adalah: Bagaimana dengan perempuan Islam yang tidak menutup aurat?'


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu serta pakaian perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).







Sunday, 13 May 2012

IIUM best ke??

السلام عليكم ورحمة الله وبركتة

First of all wanna congrates those who got CFS IIUM for furthering studyyy. And kepada adik2 yang xdapat u pilihan korang, jangan sedih2, Allah taw apa yang terbaik untuk korang.Belajar kat mana2 pon sama je. Buat adik2 yang xdapat kat mana2, jangan cepat putus asa..all is well,peluang korang masih cerah coz banyak lagi tempat untuk menambah ilmu..NAK SERIBU DAYA XNAK SERIBU DALIH KAN?? Ok, sekarang kita fokuskan UIA PJ. Nak bahasakan diri sebagai akak bole?uhuk, ak dah jadi second-year student dah kat CFS, xpercaya raseny... :p Dah taw dah perasaan angpa semua nie lagu mana..mesti dup dap dup dap nak masuk u kan??ehehe 



CFS IIUM adalah singkatan bagi Centre For Foundation Studies, International Islamic University Malaysia. Versi melayu pulak, Pusat Asasi UIAM. Bila korang daftar ek? 10 Jun? =.= wallahua'lam. Ok nanti sampai kat PJ, suruh family park kereta kat dalam pagar. Memang agak susah nanti nak cari park sebab yang nak masuk u sorang je tapi yg hantarnya satu kampung...haha.takpa2 bawak family ramai2 nanti meriah sikit.. And the most important thing jangan bawak turun lagi barang2 korang. Kita pegi daftar dulu kat Al-Malik Faisal Hall. Nanti ada sisters or brothers yang tolong tunjukkan arah. Sampai kat area dewan nanti ambik nombor..alahhh macam dekat bank tu.aha! sebijik mcm kat bank..Then korang aakn dipanggil mengikut nombor masuk ke dalam hall, parents tunggu kat luar jep..xmuat lor nak masuk ramai2. kerusi disediakan:) Dalam dewan tu ad banyak kaunter, just follow the flow. kaunter hantar form, kaunter kunci bilik, kaunter bank muamalat, kaunter cfs kit ( dapat t-shirt ngan beg..suka la tuhh). DONE!Then boleh la korang pegi kat kete balik and angkut barang2 bawak pegi mahallah..Nanti tanya la akak2 & abg2 comittee kat mana mahallah tett or tett. Lupa! van juga ada disediakan untuk angkut2 barang tapi van tu je THE ONLY ONE yang disediakan.

Nak cerita pasal mahallah sikit. Mahallah tu macam aspura aspuri la. Mahallah brothers ada tiga --> Mahallah Abu Bakar, Mahallah Fatimah Az-Zahra & Mahallah Umar Al-Khattab. Mahallah sisters pulak--> Mahallah Zainab Al-Jahsy, Mahallah Khadijah, Mahallah Aisyah..


Fatimah Az-Zahra College (FZC)


Khadijah College (KC)

Aisyah College (AC)

Umar Al-Khattab College (UKC)



Zainab Jahsy College (ZC)
I'm staying there!

Okeh, sambung balik cerita kita..lepas angkat barang masuk bilik..then, apa lagi kemas la barang korang.. Untuk adik2 yang datang dari jauh tu, mandian, syampu, bla3 & baldi xpayah bawak dari rumah, beli je kat kiosk mahallah nanti. Dah la barang korang banyak, xcampur lagi barang2 mak ayah n adik2 dalam bonet kereta tuu kan? mau nya penyet kereta tuhh. Baju2 yang xsepatutnya pon xperlulah dibawa. Bawak t-shirt muslimah, jubah, baju kurung dah la. Blouse labuh ok jugak, nanti nak g outing kat mid valley, jalan TAR :p
Adik2 akan melalui minggu taaruf selama seminggu..time tu banyakkan bersabar kay! korang agak keletihan nanti. kena bangun awal, kumpul kat badminton court, petang2 riadah. yang palinnggg penting masa kene sharp!


Throughout the days at CFS

- WAJIB pakai BAJU KURUNG atau JUBAH sahaja kalau nak pergi kelas..try la pakai seluar ngan blouse, nanti lecterur tanya 'Awak nak g kelas ke nak g Mid Valley?' Jawab lar...haha. Brothers lak kemeja ngan slack..ermm malas la citer pasal brothers.hee..Ok adik2 tudung bebas! ehem, kene pakai plain tudung sje taw, xley corak2. Shawl? PROHIBITED! but pashmina oke kot. Kasut kene yang warna2 gelap je, peraturan la cakap tapi ada je akak tengok yang pakai warna biru, purple, putih. Just follow the rule.
Stoking & matric card WAJIB di pakai. Kaki tu aurat.
- Setiap hari rabu wajib pakai tudung putih+inner tudung. Tudung putih jarang kan?? [sedih gler, tudung salu xjadiik:'( ] Mummy salu pesan, 'anakku, sejam sebelum kelas start pakai tudung yer..' memahami betol mak akak.haha
- If korang nak turun makan kat cafe lak, pakai la pakaian yang sopan dan menutup aurat. Usually students pakai t-shirt muslimah


SMAWP 3



Al-Malik Faisal hall



Library


 AND

AND



KAMI!! :)









dah lah!



SELAMAT BELAJAR ADIK-ADIKKU
SELAMAT BERJIHAD DEMI ISLAM