Al-Quran tidak banyak menyebut tentang Nabi Idris a.s. Hanya
terdapat 4 ayat berkisarkan Nabi Idris a.s iaitu di dalam
Surah Maryam: 56-57
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris;
sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya & imannya), serta ia seorang Nabi.
Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
Surah Anbiyaa': 85-86
Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail & Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari
orang-orang yang sabar.

Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya mereka adalah
dari orang-orang yang soleh.
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putera daripada Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.
Nabi Idris wafat dan dihidupkan semula
Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s: "Wahai malaikat Izrail, adakah Engkau datang untuk mencabut nyawa atau untuk menziarahiku?"
Kata Malaikat Izrail, "Aku datang untuk menziarah dengan izin Allah.
Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail, "Wahai Malaikat Izrail, aku mempunyai keperluan dan kepentingan kepadamu"
Tanya Malaikat Izrail, "Kepentingan apakah itu?"
Jawab Nabi Idris, "Kepentingan denganmu iaitu supaya Engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut." Kata Malaikat Izrail, "Sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah.
Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah SWT menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali.
Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris a.s, "Wahai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?"
Kata Nabi Idris a.s, "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu aku umpamakan seperti binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata Malaikat Maut, "Padahal kelembutan mencabut nyawa seperti itu tidak pernah aku lakukan sebelum ini."
Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Wahai Malaikat Maut, kaulkanlah satu lagi permintaanku kepadamu iaitu aku ingin melihat neraka Jahannam supaya aku dapat beribadah kepadaNya dengan bersungguh-sungguh setelah melihat dahsyatnya api neraka, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat manusia yang ada di sana."
Kata Malaikat Maut "Bagaimana aku boleh pergi ke neraka Jahannam tanpa izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke neraka Jahannam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris. Nabi Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut.
Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut, "Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai keinginan lagi denganmu iaitu aku ingin melihat syurga sehingga aku dapat meningkatkan amal ibadah." Maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh aku bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti di pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza.
Nabi Idris berkata, "Wahai saudaraku, aku telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, aku telah melihat neraka Jahannam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab, maka mohonlah Engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan aku untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tengkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan neraka Jahannam.
Setelah diizinNya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar.
Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail, "Wahai Malaikat Maut, seliparku tertinggal di dalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah aku kedalam syurga." Setelah itu, Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga."Hai Idris, keluarlah Engkau dari syurga." Tetapi Nabi Idris tidak mahu keluar, kerana Allah telah berfirman:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan aku telah merasakan kematian. Dan Allah
berfirman yang bermaksud:
“Dan tidak ada seorang pun di antara kame melainkan akan datang kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan Tuhanmu.
(Maryam: 71)
(Maryam: 71)
Dan aku pun telah mendatangi Neraka itu. Dan
firman Allah lagi yang bermaksud:
“... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan
daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)
(Al-Hijr: 48)
Lalu Allah SWT menurunkan wahyu kepada Malaikat maut,
"Tinggalkanlah dia (Nabi Idris), sesungguhnya Aku telah memutuskan
dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli
dan penghuni syurga."












+(1).jpg)








