Sunday, 23 December 2012

KISAH NABI IDRIS A.S

Al-Quran tidak banyak menyebut tentang Nabi Idris a.s. Hanya terdapat 4 ayat berkisarkan Nabi Idris a.s iaitu di dalam
Surah Maryam: 56-57

A056
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris;
sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya & imannya), serta ia seorang Nabi.


A057
Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.

Surah Anbiyaa': 85-86

A085
Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail & Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari
orang-orang yang sabar.


A086
Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya mereka adalah 
dari orang-orang yang soleh.


Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putera daripada Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.

Nabi Idris wafat dan dihidupkan semula


Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s: "Wahai malaikat Izrail, adakah Engkau datang untuk mencabut nyawa atau untuk menziarahiku?" 
Kata Malaikat Izrail, "Aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. 
Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail, "Wahai Malaikat Izrail, aku mempunyai keperluan dan kepentingan kepadamu"
Tanya Malaikat Izrail, "Kepentingan apakah itu?" 
Jawab Nabi Idris, "Kepentingan denganmu iaitu supaya Engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut." Kata Malaikat Izrail, "Sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah. 
Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah SWT menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. 
Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris a.s, "Wahai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?"
Kata Nabi Idris a.s, "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu aku umpamakan seperti binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit." 
Kata Malaikat Maut, "Padahal kelembutan mencabut nyawa seperti itu tidak pernah aku lakukan sebelum ini."

Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut:  "Wahai Malaikat Maut, kaulkanlah satu lagi permintaanku kepadamu iaitu aku ingin melihat neraka Jahannam supaya aku dapat beribadah kepadaNya dengan bersungguh-sungguh setelah melihat dahsyatnya api neraka, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat manusia yang ada di sana."
Kata Malaikat Maut "Bagaimana aku boleh pergi ke neraka Jahannam tanpa izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke neraka Jahannam bersama-sama Nabi Idris a.s".  Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris. Nabi Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. 

Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut, "Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai keinginan lagi denganmu iaitu aku ingin melihat syurga sehingga aku dapat meningkatkan amal ibadah." Maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh aku bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah."  Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti di pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. 
Nabi Idris berkata, "Wahai saudaraku, aku telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, aku telah melihat neraka Jahannam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab, maka mohonlah Engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan aku untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tengkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan neraka Jahannam.
Setelah diizinNya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar.
Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga.  Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail, "Wahai Malaikat Maut, seliparku tertinggal di dalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah aku kedalam syurga." Setelah itu, Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga.  Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga."Hai Idris, keluarlah Engkau dari syurga." Tetapi Nabi Idris tidak mahu keluar, kerana Allah telah berfirman:


“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.” 
(Ali-Imran: 185)

Sedangkan aku telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tidak ada seorang pun di antara kame melainkan akan datang kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan Tuhanmu.
(Maryam: 71)

Dan aku pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” 
(Al-Hijr: 48)


Lalu Allah SWT menurunkan wahyu kepada Malaikat maut, 
"Tinggalkanlah dia (Nabi Idris), sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."













Thursday, 6 December 2012

Makna bacaan dalam solat


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
















Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.